ULANGTAHUN KE 25 TAHU JUBLI PERAK SMK LAJAU (1997-2022)

By cikgufizi 21 Mar 2022, 08:58:22 Aktiviti Guru
ULANGTAHUN KE 25 TAHU JUBLI PERAK SMK LAJAU (1997-2022)

“Biar banar! Dimana ni kian..!?” ketika menerima surat tawaran penempatan tingkatan satu. 

Masa itu, aku dah tentu arah. “Di mana ni SMK Labuan II?”.

Walaupun aku bersekolah di SK Pekan 2, tapi disana yang ada hanya SMK Labuan saja. Tanya punya tanya, rupanya sebelah kampung saja pun. 

Pagi 6 Januari 1997, waktu pendaftaran. Nak masuk simpang sekolah pun terhenti berfikir, nun dihujung 100 meter kelihatan sosok bangunan baru tapi nak pergi tu perlu hadap jalan yang becak pulak. Akhirnya kami redah saja jalan ikut tepi jaga kasut jangan kotor, nampak buah mangga muda tepi jalan kutip makan. Masam pun masam la. Dah sampai nampak guru-guru lelaki dan beberapa pelajar lain sibuk kesana kesini, angkat kerusi meja dari tingkat satu ke tingkat 3, tak lama kemudian kami pulak ganti tukang angkat. 

Tak sangka kini dah menjangkau usia 25 tahun. Sekolah ini dibina hasil fikir orang terdahulu. Waktu tu kami ada 12 kelas A sampai L, Amanah hingga ke Luhur. Ramai, satu pulau kami berkawan. Alhamdulillah ada yang kenal hingga kini.

Mulanya Sekolah Menengah Kebangsaan Lajau dibina untuk sekolah rendah kerana itu, reka bentuk sekolah seperti design sekolah rendah nama pun Sekolah Kebangsaan Labuan 3 tetapi oleh kerana sekolah-sekolah menengah yang sedia ada tidak dapat menampung permintaan pelajar-pelajar ke tingkatan satu, Sekolah Kebangsaan Labuan 3 telah ditukar menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan II.  Patut la dalam surat tawaran tu tulis SMK Labuan II. Kemudiannya, SMK Labuan II pula ditukar kepada SMK Lajau, mengambil nama bersempena dengan nama Kampung Lajau seperti hari ini.

Sehingga kini ribuan, alumni SEMELA bertebaran. Aku bersyukur menjadi sebahagian insan dari golden generation masa itu. Semoga SMK Lajau terus menjadi sekolah yang menghasilkan lebih ramai lagi tunas-tunas bangsa. Bertitik tolak dari itu, timbul idea usaha untuk  didaftarkan secara rasmi Persatuan Alumni SMK Lajau sempena sambutan 25 tahun penubuhan sekolah. 

Kepada semua alumni SEMELA dari batch SEMELA84 hingga kini, jom kita memeriahkan, sebarkan ulang tahun ke 25 Jubli Perak SMK Lajau. Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih buat rakan-rakan alumni SEMELA selama ini kerana kesungguhan menyumbang kembali kepada Alma Mater. 

Terima kasih guru-guru, warga yang mendukung SEMELA dari 25 tahun lepas, titipan doa bagi mereka yang telah tiada. 

“Ya Allah, ampunilah guru-guru kami dan orang yang telah mengajar kami. Sayangilah mereka, muliakanlah mereka dengan keredhaan-Mu yang agung, di tempat yang disenangi di sisi-Mu, wahai Yang Maha Penyayang di antara penyayang.”

Tahukah anda SMK Lajau belum lagi dirasmikan?


Terpujilah Peribadimu SMK Lajau Tercinta

Back To School,

Rafizi Yussof
1 Elit 1997 – 5 Bakti 2001




Video Terkait:


Write a Facebook Comment

Komentar dari Facebook

View all comments

Write a comment