Sesi Penyerahan Cenderahati Persatuan Alumni SMK Lajau

Pada 29 Ogos yang lepas, sesi penyerahan cendarahati kenang-kenangan berupa replika baju PJK SMK Lajau tahun 1997 telah diserahkan kepada mantan pengetua SMK lajau yang pertama iaitu Tuan Haji Abidin Bin Marjan yang kini menjawat jawatan Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Simbolik ini merupakan lanjutan kepada Majlis Sambutan Ulang Tahun Jubli Perak 25 Tahun SMK Lajau yang diadakan pada tahun lepas. Sesi penyerahan ini disampaikan oleh bekas pelajar SMK Lajau merangkap wakil Persatuan Alumni SMK Lajau iaitu Cikgu Ahmad Rafizi mewakili pengerusi persatuan.
Write a Facebook Comment
Komentar dari Facebook
View all comments