Perkhemahan Perdana Pasukan Badan Beruniform 2024

Pada 11-13 Oktober 2024 telah berlangsung Perkhemahan Perdana Pasukan Badan Beruniform 2024 di Pusat Kegiatan Kokurikulum Kg Ganggarak. Kadet Remaja Sekolah (KRS) sekolah telah menghantar 9 anggota bagi menyertai perkhemahan kali ini. Slot yang dinanti-nantikan ialah Slot Malam : Bagai Pungguk Rindukan Bulan yang menguji semangat setia kawan, percaya kepada pimpinan dan membina jati diri yang kuat. Diketuai oleh saya sambil dibantu oleh Cikgu Noor Shahizan, Cikgu Zaiton dan Cikgu Nadhirah berkampung bermula hari Jumaat hingga Ahad. Semoga perkhemahan kali ini menjadi kenangan dan berjaya memberikan impak baik kepada sahsiah anggota.
Write a Facebook Comment
Komentar dari Facebook
View all comments