Jemputan Alumni dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibubapa dan Guru 2022

Yang dihormati, En. Tapa Jani, YDP PIBG SMK Lajau & barisan jawatankuasa PIBG SMK Lajau, wakil-wakil ketua kampung.
Yang berusaha, Puan Siti Aminah Binti Zakaria, Pengetua SMK Lajau, barisan pentadbir, guru kanan bidang, rakan guru dan ibubapa sekalian.
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, selamat pagi.
Pertama saya dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran ibubapa penjaga anak-anak di SMK Lajau.
Terima kasih.
Nama saya Ahmad Rafizi Hj Yussof, guru SMK Lajau dan juga bekas pelajar SMK Lajau SPM 2001.
Saya ditemani oleh rakan sekolah saya iaitu Encik Syamsuddin Jamal, kami wakil jawatankuasa dari Persatuan Alumni SMK Lajau. Alumni bermaksud bekas pelajar disesebuah sekolah.
Ibubapa yang saya hormati sekalian,
SMK Lajau mula beroperasi Januari 1997. Sekolah kelima di W.P Labuan. Kini 2022. Sedar tak sedar percaya atau tidak usia SMK Lajau menjangkau 25 tahun. Sejak itu hingga kini SMK Lajau berjaya melahirkan ribuan anak –anak Labuan amnya dalam mendapat pendidikan menengah.
Usia 25 tahun menunjukkan umur yang matang. Umur bergraduat dari universiti institut pengajian tinggi. Umur berkahwin. Umur beranak pinak. Usia dimana anak kembali membantu keluarga.
Tamsilan anak (pelajar) kembali membantu keluarga (sekolah) ini, bersesuaian dengan umur garis waktu SMK Lajau. Keinginan untuk membantu bersama sekolah itu masih lagi wujud dalam menebal dalam diri (anak ini tadi). Kenapa? Mungkin kerana anak ini mengenang jasa sekolah..jasa keluarga dalam membentuk siapa mereka waktu sekarang ini.
Jadi kadang-kadang ada rakan-rakan bekas pelajar SMK Lajau turut membantu secara tidak langusng dalam aktiviti sekolah. Ada yang menyumbang secara perorangan, berpasangan mahupun berkumpulan. Bertitik tolak dari itu, timbul idea alangkah baiknya jika ada hanya satu saluran rasmi diwujudkan dalam membantu pelajar semasa SMK Lajau.
Oleh yang demikian, atas usaha initiatif rakan, kita cari, kita kumpul beberapa rakan lama bekas pelajar SMK Lajau yang sama keinginan membentuk gabungan bekas pelajar, guru dan staf SMK Lajau yang dikenali dengan nama Persatuan Alumni SMK Lajau yang secara rasminya ditubuhkan bermula tahun ini.
Tujuan utama 2, iaitu :
1. Mengikuti perkembangan yang berlaku di sekolah serta bergandingan dengan Persatuan Ibubapa dan guru (PIBG) dalam meningkatkan pencapaian persekolahan sekaligus memberi sumbangan untuk perkembangan sekolah. Contohnya ketika Kejohanan MSSWPL & Kem Motivasi SPM, Program Motivasi tingkatan 3 dan Apresiasi SPM 2022 kelak.
2. Berusaha untuk menegakkan imej sekolah dimata umum dan memberi dorongan serta bimbingan kepada pelajar-pelajar sekolah. (Mengembalikan siapa SMK Lajau sekitar 20 tahun lepas) cemerlang keputusannya, sukan dengan lambakan emas, bersahsiah dan nilai kebersamaan.)
Ini siapa SMK Lajau diawal penubuhannya. Alumni tahu ini satu perkara yang sukar dan mengambil masa yang lama. Oleh itu keperluan kebersamaan PIBG dalam proses ini amat diperlukan dalam menyokong, menuntun, malah sama-sama mengiring anak ini tadi untuk terus kekal bersama keluarganya.
Saya fikir itu saja, perkongsian, harapan Alumni terhadap PIBG dan sekolah khususnya.
Akhir kata, Selamat bermesyuarat dan selamat menyambut jubli perak ke 25 tahun SMK Lajau.
Wassalam.Sekian.
Ucapan pengenalan alumni SMK Lajau semasa Mesyuarat Agung Tahun Ke-21 2022.