Lawatan rasmi pertama Yang Berusaha Pengarah Pendidikan W.P Labuan yang baharu ke SMK Lajau

By cikgufizi 03 Jan 2024, 20:34:06 Aktiviti Guru
Lawatan rasmi pertama Yang Berusaha Pengarah Pendidikan W.P Labuan yang baharu ke SMK Lajau

Sirih pulang ke gagang. Itulah gambaran yang tepat terhadap kehadiran Yang Berusaha Pengarah Pendidikan W.P Labuan yang baharu Tuan Haji Abidin Bin Marjan ke SMK Lajau yang juga merupakan mantan pengetua pada tahun 1997 hingga 2001. Lawatan pertama secara rasmi ini merupakan inisiatif yang Berusaha Pengarah untuk bersama-sama berkenalan dengan warga sekolah lebih dekat lagi. Turut menyantuni kehadiran Yang Berusaha Pengarah ialah Pengetua SMK Lajau Encik Kitli Bin Beka, barisan pentadbir dan warga guru. Yang Berusaha Pengarah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua warga sekolah.




Write a Facebook Comment

Komentar dari Facebook

View all comments

Write a comment